Monday 11 January 2010


Aku hambaMU.
Aku pacalMU.
Aku abidMU.
Aku amahMU.

Aku hina.
Aku kotor.
Aku penuh dusta.
Aku dipalit noda.
Aku diselimuti dosa.

Tuhan,
aku tidak layak untuk syurgaMU.
Tetapi tidak juga aku sanggup menanggung,
seksa ke nerakaMU.

Allah,
aku serahkan segalanya padaMU.
Kerana tahuMU lebih baik daripada tahuku.

Bantulah aku dalam kembali padaMU...

Wallahu'alam.

No comments: