Monday 18 January 2010

Aduhai...

Assalamualaikum wbt.

EXCITED!


TERUJA!

Riang ria gumbira ceria..

Beginikah rasanya?

Adalah dimaklumkan bahawa buat pertama kalinya, cerpen yang saya hantar ke Penulisan2u diterima dan diterbitkan. Sebenarnya dah agak lama saya hantar, dan sudah agak lama disiarkan, tetapi saya baru tergerak hati nak baca di laman terbabit, sebab saya mengalami masalah lupa tajuk karya sendiri! :D

Akhirnya, pada tanggal 30 November 2009, Cintaku Pilihan Ibu disiarkan di Penulisan2u . Sebenarnya, memang ada niat nak siarkan di sini, tapi segan, sebab saya rasa cerita tu tak seronok. Tapi bila membaca 21 ulasan daripada pembaca-pembaca Penulisan2u di ruang komen, lega. Karya saya diterima dan komen semuanya berbentuk positif. Alhamdulillah..

Buat yang masih sudi menjenguk di sini,

silakan membaca Cintaku Pilihan Ibu karya Ungu Ranger di Penulisan2u ~ Cintaku Pilihan Ibu by Ungu Ranger . Sebarang komentar dan kritikan yang membina dialu-alukan. Buat kawan-kawan yang mengenali saya, maaf. Hanya ini yang mampu saya hasilkan setakat ini. Campuran antara realiti dan islamik, dan sedikit komedi. Buat masa ini, hanya ini. Harap maklum.

Wallahu'alam.

Wassalam~

No comments: