Friday 20 November 2009

KEHIDUPAN : Jumaat Datang Lagi [di suatu pagi Jumaat yang dingin]



Hari terulung,
Yang membuatkan daku merenung,
Kepada kenangan yang bergulung,
Yang tak pernah gagal membuatkan mutiaraku merelung...

Kejutan..
Kedatangan..
Kesedihan..
Kegembiraan..

Semuanya ada!
Semuanya bertimpa!
Kadangkala aku suka..
Acapkalinya aku kecewa..

Aku selusuri sungai bahagia..
Aku selami kolam derita..
Aku renangi lautan bahagia..
Aku merentasi tasik seksa..

Aku belajar menjadi manusia,
Aku belajar mengenal dunia,
Aku belajar menyelidik buana,
Aku belajar memahami cakerawala.

Dan kemudiannya aku tahu,
Di dunia ini bukan hanya aku,
Manusia masih lagi beribu,
Allah tetap SATU.

Masalah yang datang,
Manusia yang menjalang,
Perkara yang menghalang,
Semuanya harus ditentang!

Langit takkan selalu perang,
Matahari takkan selalu garang,
Pelangi takkan selalu terang,
Badai takkan selalu menyerang.

Aku belajar,
Aku mengajar,
Aku diajar,
Layakkah aku digelar terpelajar?

Puas aku menangis,
Puas aku meratap sadis,
Puas aku menepis,
Puas aku mengemis.

Allah tetap menguji.
Allah tetap memberi.
Allah enggan memuji.
Tapi DIA tetap di sisi.

Aku yakin pada Ilahi,
DIA selalu ada di sini,
Di sisi,
Di hati,
DIA takkan membiarkan aku sepi,
DIA takkan membiarkan aku sunyi,
Sendiri.

Jalan-jalan kehidupan,
Relung-relung perjalanan,
Akan ku tempuh dengan kekuatan,
Akan ku redah dengan keazaman,
Yang DIA bekalkan...

Terima kasih TUHAN!
Memberi aku kesedaran.
Memberi aku kekuatan.
Memberi aku ketabahan.
Memberi aku ujian.
Memberi aku dugaan.
Memberi aku cabaran.

Kerana semuanya hanyalah satu KEHIDUPAN..

Jumaat datang lagi,
Membawa seribu erti,
Adakah hari ini,
Terpahat lagi sebuah memori?



Salam pagi Jumaat yang bermakna,
~Arya Amila.

4 comments:

irna said...

huhuhu~
speechless~


btw,
nice poem!..keep ur good jo..jeles ngan yam bules tls sjak..ore xpndai loh!

admin said...

yeah rite..

mama punya poem is much much better than me..

irna said...

yo ko?
biasa2 jerp
nothing special pom
sumguh!
jeles sgt2 kat yam bules tls sajak~

admin said...

yr poem cmna?
zid kata da siap.

ssghnya,
kami menunggu utk mama publish..
cepat3!