Thursday 3 December 2009

Mencari Jalan Menuju Tuhan...



Dalam zhulumat,
Dalam kelalaian meneguk nikmat,
Dalam kelekaan mendapat hikmat,
Dalam kealpaan memuaskan minat,

Aku tersasar.

Terlupa lorong sebenar.
Terlupa jalan yang bersinar.

Di daerah kelam aku tercampak.
Di jajahan gelap aku tersentak.
Di negeri aneh aku dihentak.
Di wilayah pelik aku memberontak.

Bebaskan aku dari sini!

Izinkan aku bebas...
Mencari hidupku kembali.

Benarkan aku lepas...
Mencari hari sejati.

Aku yang lalai,
Disedarkan oleh masa,
Agar kembali ke landasan.

Aku yang alpa,
Dikejutkan oleh keadaan,
Agar pulang ke fitrah asal.

Aku yang leka,
Dibangunkan oleh situasi.
Agar balik ke fikrah azali.

Dalam mencari jalan menuju Tuhan,
aku tempuh pelbagai onak.
aku rempuh pelbagai cubaan.
aku langgar pelbagai dugaan.
aku pijak pelbagai duri.

Sakit.
Pedih.
Perit.
Seksa.

Inilah harga yang harus kubayar,
Dalam mencari jalan menuju Tuhan..

Arah yang kelam,
Ku tempuh dengan seram,
Dalam gelap malam,
Ku kirimkan salam..

Ya Tuhan!!!

Jangan biarkan aku mati di sini..
Aku belum bertemuMu..
Memohon secebis keampunanMu..
Meskipun aku berada..

Dalam jalan menuju Tuhan..

Tuhan,
kembalikan aku kepada asalku,
yang terbaik buatku,
agar mampu ku kemudi arah padaMu,
yang satu...


Berikan aku petunjuk,
Berikan aku arah,
Berikan aku peta...

Dalam mencari jalan menuju Tuhan...

*entri ini ditujukan khas untuk merawat hati-hati yang mulai kembali hidup ~ sedar akan kealpaannya dan kewujudan Tuhannya*

~Arya Amila. *_*

No comments: