Saturday 12 December 2009

Harga Yang Harus Kubayar...

MyEm0.Com

Dalam kelelahan rasa,
Fikiran mula melangkaui masa,
Andai diberi emas, perak atau suasa,
Aku memilih untuk mengundurkan ketika.

Agar tidak aku lakukan itu semua.

Dalam kelemasan dosa,
Aku mengukir senyum paksa,
Untuk menghiburkan mereka,
Untuk memasung derita yang beraja..

Agar mereka tidak menyedarinya..



Dalam kehabisan bicara,
Bibirku hanya menyebut nama DIA,
Ragam manusia...
Ingat padaNya bila tiba saat duka..

Dalam kekeringan airmata,
Tanganku menggenggam jiwa,
Menggendang seluruh buana,
Agar memberi kekuatan yang kupinta.

Dalam kepedihan seksa,
Penyesalan bertimpa-timpa,
Takdir menetukan segala-galanya,
Dan doa sebagai senjata.

Dalam kelam malam,
Hatinya meratap geram..

Dalam gelap zhulumat,
Jiwaku berkecai lumat..

Dalam membina sabar,
Galakku menyebut Allahuakbar...

Sakit!
Pedih!
Seksa!
Derita!
Sengsara!
Suka!

MyEm0.Com

Semuanya bergaul menjadi satu..
Berkumpul di qalbu...

Kesabaran kian menipis..
Saat hati meratap sadis..



Lantas ku seru nama DIA,
Lantas ku ucap namaNYA,
Memohon kelapangan rasa,
Meminta nikmat gembira...


Inilah harga yang harus kubayar...

Demi kehilangan sekelumit sabar,
Semuanya kulakukan dengan sedar,
Semuanya kulakukan ibarat pakar,
Semuanya kerana nafsu yang mekar...



Tuhan...
Ampunkan dosaku.

Allah,
Maafkan khilafku.

Sesungguhnya Engkau ...
Yang Maha Pengampun,
Maha Pendengar,
Maha Mengetahui

lagi,

Maha Bijaksana..

Ya Rabbul 'Izzati...
Hilangkanlah sakit ini.
Ghaibkanlah pedih ini.
Hapuskanlah derita ini.
Padamkanlah sengsara ini.

Dengan tuntunanMu,
yang membawaku ke siratMu...

MyEm0.Com

Wallahu'alam.

~Arya Amila.

Thursday 3 December 2009

Mencari Jalan Menuju Tuhan...



Dalam zhulumat,
Dalam kelalaian meneguk nikmat,
Dalam kelekaan mendapat hikmat,
Dalam kealpaan memuaskan minat,

Aku tersasar.

Terlupa lorong sebenar.
Terlupa jalan yang bersinar.

Di daerah kelam aku tercampak.
Di jajahan gelap aku tersentak.
Di negeri aneh aku dihentak.
Di wilayah pelik aku memberontak.

Bebaskan aku dari sini!

Izinkan aku bebas...
Mencari hidupku kembali.

Benarkan aku lepas...
Mencari hari sejati.

Aku yang lalai,
Disedarkan oleh masa,
Agar kembali ke landasan.

Aku yang alpa,
Dikejutkan oleh keadaan,
Agar pulang ke fitrah asal.

Aku yang leka,
Dibangunkan oleh situasi.
Agar balik ke fikrah azali.

Dalam mencari jalan menuju Tuhan,
aku tempuh pelbagai onak.
aku rempuh pelbagai cubaan.
aku langgar pelbagai dugaan.
aku pijak pelbagai duri.

Sakit.
Pedih.
Perit.
Seksa.

Inilah harga yang harus kubayar,
Dalam mencari jalan menuju Tuhan..

Arah yang kelam,
Ku tempuh dengan seram,
Dalam gelap malam,
Ku kirimkan salam..

Ya Tuhan!!!

Jangan biarkan aku mati di sini..
Aku belum bertemuMu..
Memohon secebis keampunanMu..
Meskipun aku berada..

Dalam jalan menuju Tuhan..

Tuhan,
kembalikan aku kepada asalku,
yang terbaik buatku,
agar mampu ku kemudi arah padaMu,
yang satu...


Berikan aku petunjuk,
Berikan aku arah,
Berikan aku peta...

Dalam mencari jalan menuju Tuhan...

*entri ini ditujukan khas untuk merawat hati-hati yang mulai kembali hidup ~ sedar akan kealpaannya dan kewujudan Tuhannya*

~Arya Amila. *_*