Wednesday 25 November 2009

Di Suatu Kamar nan Sepi...



Di suatu kamar nan sepi,
Hanya suaraku yang mengisi,
Sambil mutiara mengalir di pipi,
Menyuarakan syahdu di hati...

Kau usap bahuku,
Memberi ketenangan yang seribu..
Malangnya ia mengundang sendu,
Ke sanubari yang sebu..

Kau raih daku ke dakapanmu,
Membuatkan dadaku tepu,
Dengan tangis bisu,
Juga jasad yang kaku..

Kau hikayatkan rahsiamu kepadaku,
Ku riwayatkan lagendaku kepadamu,
Kita berdua berkongsi satu,
Penderitaan yang mengganggu.

Aku sendiri jijik pada tangan ini,
Pada segenap tubuh yang berinci,
Pada setiap masa yang kuisi,
Dengan perbuatan melawan hakiki..

Tidak ku pinta untuk jadi begini!
Tidak ku rayu untuk terus begini!
Tidak ku mahu untuk sentiasa begini!
Tidak ku perlu sakit begini!

Namun, inilah harga yang harus ku bayar,
Atas segala kesilapan besar,
Yang aku lakukan dengan sedar,
Balasan yang benar-benar sekadar..

Kau meyakinkan daku tentang hari esok,
Kau membuatkan dadaku sebak,
Dengan keyakinanmu melangkau tembok,
Kau membuatkan aku kembali teresak..

Di kamar yang sepi itu,
Kita berkongsi semangat yang padu,
Kita berkongsi kekuatan yang seribu,
Kita berkongsi ketabahan yang jitu.

Syukur kau menerima kondisiku seadanya,
Membuatkan aku tertanya-tanya,
Kenapa orang begitu mulia,
Sepertimu harus diuji dengan ujian yang nyata?

Di kamar yang sepi itu,
Kita kembali menyulam rasa rindu,
Kita kembali menganyam rasa syahdu,
Kita kembali mengikat rasa pilu.

Kita berkongsi derita.
Kita berkongsi cerita.
Kita berkongsi berita.
Kita berkongsi air mata.

Kita berkongsi bahagia.
Kita berkongsi gembira.
Kita berkongsi suka.
Kita berkongsi ceria.

Di bahu mu aku menangis,
Usapanmu membuatku meratap sadis,
Di bahumu juga aku kalis,
Dengan dunia yang selalu prejudis.

Di kamar sepi itu,
Kita kembali membina semangat baru.
Kita kembali membina impian tertentu.
Kita kembali membina angan di awan biru..

Dengan hikayat yang kita kongsi,
Dengan segala rasa percaya tanpa sangsi,
Masing-masing menjadi saksi,
Ikatan akhir hayat yang terpateri.

Terima kasih kerana meminjamkan bahumu,
Untuk aku tumpahkan air mataku..

Terima kasih kerana mengeluarkan suaramu,
Untuk aku tampung kebocoran hatiku.

Terima kasih kerana mengusap bahuku,
Untuk aku teguhkan tiang jiwaku.

Terima kasih kerana menghapuskan air mataku,
Untuk aku kembali pacakkan kekuatan mindaku...

Dan yang terulung,
Buat Tuhan Yang Maha Agung..

Terima kasih Ya Azza Wa Jalla,
Kau utuskan seorang dia,
kepadaku...

Di kamar sepi itu,
Menjadi saksi kau dan aku,
Hati-hati kita bersatu,
Berkongsi nafas yang beku...

Special dedicated to : IrnaSofia.
Special written by : Arya Amila.

19/11/2009,
5SC3,
Bangunan A,
MMP KB,
1315-1400.


Regards,
~Arya Amila.

2 comments:

irna said...

emm,
maaf la yam..
korban ni bz sket..
u know rite,staying there,xleh nk wat pape

btw,
thnks!
thnks
thnks
thnks!!!

"sharing is loving!"

keep sharing n loving yea..*wink2*

Maryam Kamal said...

if u say lots of thanx,
i would to say..

sorry!
sorry!!
sorry!!!
sorry!!!!
sorry!!!!!
sorry!!!!!!
sorry!!!!!
sorry!!!!
sorry!!!
sorry!!
sorry!

;)