Friday 20 November 2009

Jalan-Jalan Kehidupan



Dalam meniti sebuah kehidupan,
Kadangkala kita punyai pilihan,
Kadangkala kita terpaksa akur dengan keadaan,
Keadaan yang mungkin mengubah masa hadapan.

Menyelusuri jalan-jalan kehidupan,
Tak banyak lorong yang dihidangkan,
Dan kita harus membuat keputusan,
Untuk berada hanya di satu jalan.

Ketawa atau meraung,
Terbang di angkasa atau jatuh ke gaung,
Menjadi yang bongsu atau yang sulung,
Menyarung kaca atau pun kalung..

Apa pun yang mendatang,
Apa pun yang menghalang,
Apa pun yang menjalang,
Apa yang menghadang.

Kita harus tetap di jalan itu.
Jalan yang kita pilih dahulu.

Mendatangi hari-hari yang sukar,
Menempuhi pelbagai onak dan belukar,
Membuatkan kita terketar-ketar,
Membuatkan hati acapkali bergetar.

Namun jika kita sudah melaluinya dan maju ke hadapan,
Apabila menoleh belakang, tolehan itu dengan senyuman,
Kerana kita sudah melaluinya dengan kejayaan,
Dan menimba sejuta pengalaman.

Menempuh hari-hari mendatang yang mencabar,
Sangat menuntut kita supaya sabar,
Memohon senyuman kita agar terus mekar,
Lambang seorang muslimah pendekar!

Apabila berada jauh di hadapan,
Pandanglah ke jendela lampau yang ditinggalkan,
Lihatlah dengan senyuman,
Jenguklah dengan kebanggaan.

Pabila berada di persimpangan,
Jengahlah ke masa hadapan,
Agar bisa membuat pilihan,
Dan membuat sebaik-baik keputusan.

Saat kau mahu menjelajah dunia hadapan,
Intailah pintu keazaman dan tingkap kekuatan,
Tutuplah kamar kegagalan,
Ceriakan kamar kejayaan.

Hidup manusia takkan lengkap tanpa cabaran,
Langkah manusia takkan sempurna tanpa dugaan,
Nafas manusia takkan indah tanpa ujian,
Akal manusia kadangkala hilang pertimbangan..

Apabila ini berlaku,
Jangan menyalahkan pada bapa atau ibu,
Kembalilah kepada fitrahmu,
Kembalilah pada Allah yang satu...

Nescaya jalan-jalan kehidupanmu akan indah,
Akan meriah,
Akan gah,
Akan mewah.

Nescaya jalan-jalan kehidupanmu akan ditempuh,
Dengan hati yang kukuh,
Dengan semangat yng utuh,
Dengan jiwa yang tak rapuh.

Semoga jalan-jalan kehidupanmu,
Akan membawamu ke satu mercu,
Yang membuatkan engkau menyedari sesuatu,
Jalan-jalan kehidupan manusia itu tidak tentu.

~Arya Amila.

4 comments:

irna said...

"nafas manusia takkan sempurna tnpa dugaan"

huhuhu
nice words!
suit both us well!

Maryam Kamal said...

rasa mcm byk sgt isi tersirat!
tp ssh utk difahami.. kan kan?

irna said...

yeah~
agk ssh nk fahami..but kalu hayati bleh jerp~..

Maryam Kamal said...

kalo x hayati, sian le..
terkebil2..
=D