Saturday 21 November 2009

Warna-warni Cinta



Manusia sering berkata,
Cinta itu buta,
Cinta itu seksa,
Cinta itu dusta.

Ada juga yang bicara,
Cinta itu bahagia,
Cinta itu gembira,
Cinta itu suka.

Konklusinya,
Cinta definasinya tiada,
Pengertiannya,
Takrifnya juga.

Sedarkah kita?
Betapa warna-warninya cinta,
Bagaikan pelangi yang jelita,
Memancarkan keindahan ke seluruh buana...




Cinta kepada ibu bapa,
Cinta kepada keluarga,
Cinta kepada teman serta saudara,
Cinta kepada semua.

Cinta kepada dunia,
Cinta kepada benda,
Cinta kepada harta,
Cinta kepada kaya..

Namun ramai yang lupa,
Ramai yang alpa,
Ramai yang leka,
Cinta kepada Allah Yang Esa.

 Friends Myspace Comments



Cinta kepadaNya,
Cinta sepanjang masa,
Cintakan DIA,
nescaya DIA bersama kita.

Masalahnya cinta sesama manusia,
Yang kerapkali membuatkan manusia lupa,
Yang acapkali menjadikan manusia leka,
Yang seringkali mentransformasikan manusia alpa.

Sudah pun engkau milik cinta,
Cinta pada manusia,
Kau sudah berpunya,
Namun masih ada rasa,
Masih ada keinginan untuk memilikinya?

Cintamu tidak setia,
Bicaramu selalu dusta,
Tindakmu sering curiga,
Langkahmu enggan diteka.

Aku hanya perempuan.
Sedangkan engkau pria idaman.
Haruskah engkau memberi harapan,
Jika kau tahu hatimu telah kau serahkan,
Pada dia yang tiada di hadapan,
Sebaliknya kejap di hatimu yang telah kau kuncikan.





Engkau jejaka tampan,
Aku hanya biasan,
Di sebalik perhiasan,
Yang kusembunyi untuk kupersembahkan,
Pada seorang manusia yang berkelayakan.

Duhai gadis duhai remaja,
Jangan tertipu cinta dunia,
Yang acapkalinya palsu belaka,
Yang menggunakan manisnya kata-kata modal utama,
Yang berlandaskan janji setia,
Yang diikat pada tiang cinta,
Yang rapuh lagi bera,
Yang tak lagi mampu membara,
Bila tiba masanya...

Sang arjuna galak menabur bicara,
Sang dara khayal di alam cinta,
Dipasung oleh ikrar sumpah setia,
Disulam janji sehidup semati kononnya bersama..

Cinta tidak mengenal masa,
Cinta tidak mengenal siapa,
Cinta tidak mengenal usia,
Cinta tidak mengenal jantina.

Kerana itulah ramai yang terpesong,
Memacakkan harapan setinggi gunung,
Ayuh sediakan payung,
Sebelum ajal datang menggulung.

Cinta itu indah,
Jika kena pada wadah,

Cinta itu parah,
Jika kita tersilap langkah.




Jangan jadi manusia bodoh,
Sehingga sanggup menggadaikan tubuh,
Percayalah pada jodoh,
Telah Allah tetapkan sejak di alam roh.

Allah jadikan manusia mempunyai fitrah,
Untuk sama-sama bercinta fillah,
Agar semua manusia betah,
Bercinta dalam lingkungan fikrah.

Hayati cinta dalam erti kata sebenar,
Pabila kau tahu maknanya senyumanmu kan mekar,
Tubuhmu kan cergas mindamu kan segar,
Kerana cinta itu bisa membikin gegar!

Jangan kau siakan warna-warni cinta,
Yang Allah ciptakan indah di cakerawala,
Jangan kau palitkannya dengan noda,
Kerana kau akan berdosa.





Cinta mana pun kau pada mereka,
Mereka tetap manusia,
Yang dijanjikan Allah akan tetapi pergi menghadapNYA,
Bila tiba saat dan waktunya.

Cinta mana pun kau pada harta,
Cinta mana pun kau pada benda dan kaya,
Kau akan meninggalkannya di bumi nyata,
Sedang engkau telah dipanggil menemuiNya.

Inilah kisah sebuah kehidupan,
Takkan lengkap hidup tanpa percintaan.
Cinta terhadap manusia,
Cinta terhadap harta benda..

Cinta pada manusia,
Manusia akan mati.

Cinta pada bunga,
Bunga akan layu.

Cinta pada harta,
Harta akan habis.

Cinta pada kereta,
Kereta akan rosak.

Cinta pada dunia,
Dunia akan kiamat.

Cintailah Allah yang Abadi,
nescaya DIA akan mencintaimu jua..

Inilah salah satu erti KEHIDUPAN..

 

 Jangan kau rosakkan warna warni cinta,
Jangan kau musnahkan pelagi bercahaya,
Kerana kau akan memulakan dusta,
Yang mendorongkanmu ke arah bahaya.

Setialah pada Yang Satu.

Regards,
~Arya Amila

p/s: Special dedicated to someone that once, he knocked my heart's door. Once upon a time before.. ;)






2 comments:

Atilia Athira said...

k.yam..nie k.yam wat sendiri ye??
wow..
dh taken...
nice...
but..rmember thiz..
(couple make trouble..no couple no trouble..hu3)

sje je tuu wat ingtn....
tuk k.yam tersyg n tuk diri alia gak...

nice poem..

admin said...

adekku!!

erm..
tenx for the reminder Alia..

single is simple.
;)