Manusia dilahirkan sama,
Ibarat helaian putih yang serupa,
Suci tanpa noda,
Pada awalnya,
Tiada beza,
Antara kita...
Menginjak dewasa,
Helaian itu kini terpalit noda,
Antara kita kian berbeza,
Tanda takdir penentu segalanya..
Kanvas kehidupan selalu aku lakarkan,
Lorong-lorong yang menjadi pilihan,
Meski kesusahan,
Meski kesenangan,
Mahupun kegagalan,
Atau kejayaan..
Kadangkala kita perlu berbicara,
Meluahkan apa yang dirasa,
Agar tiada lagi sengsara,
Agar aku tidak lagi menderita.
Harapnya...
Namun ada masanya,
diam adalah baik buat segalanya,
Kerana andai ada yang dikata,
terkhilaf di mana-mana,
pasti ada hati yang terluka,
pasti ada jiwa yang cedera.
Seakrab mana pun kita,
Masih ada sempadan yang menjaga,
Antara kita masih ada batasnya,
Meski aku kau pandang hina..
Jangan pernah kau melanggar garis kata,
Meski belum termeterai antara kita,
Sahabat sesama sahabat pun ada limitnya..
Kadangkala aku jelak menjadi bahu untuk menampung mutiaramu,
Kerana ketika giliran yang jatuh itu mutiaraku,
Aku hanya bergantung di awan lalu,
Aku hanya berpegang pada angin dan bayu,
Yang membawa semilir menusuk kalbu..
Segera aku beristighfar,
Yang membawa aku kembali ke sifar,
Harusku sedar,
Ini semua ketetapan yang Maha Besar,
dan aku harus tegar!
Ku temui pelbagai sahabat yang ragam,
Yang membuatku gembira, sedih dan seram,
Yang kadangkala mencetuskan geram,
Yang sentiasa membuatkan hatiku tenteram..
Betapa baiknya Allah Yang Satu,
Sesungguhnya DIA tidak akan mengambil sesuatu,
Tanpa menggantikan dengan yang lebih baik daripada itu,
Sesungguhnya semuanya telah dicatu..
Persahabatan memaksa aku menikmati,
Pelbagai rasa di hati,
Ada yang membuatkan aku bagaikan mahu mati,
Tak kurang juga yang membenam belati,
Namun pasti ada di sisi,
Yang merawat luka di sanubari.
Segalanya ku tetapkan pada Dia,
Bukan hanya pada jodoh, maut bahkan segala.
Kerana aku yakin padaNya,
yang lebih arif baik buruknya.
Sesungguhnya aku di dalam emosi,
Mengungkap rahsia persahabatan yang misteri,
Membongkar rasa hati yang sangsi,
Memecahkan segala apa yang terpateri.
Aku di dalam emosi,
Merindui teman-teman di sisi,
Yang telah lama tidak ku temui,
Yang kebanyakannya meninggalkan aku sendiri,
Setelah mereka menemui yang lain di hati.
Tinggallah aku sendiri.
Di sini.
Sunyi.
Sepi.
Namun, mereka kembali menagih simpati.
Ketika ada luka menyinggah di hati,
Dan aku yang ditinggalkan di sini,
Menjadi destinasi mereka kini.
Ampun maaf mereka hulurkan,
Tetap ku sambut penuh kesyukuran,
Meski ada parut yang ditinggalkan,
Aku tidak punyai pilihan!
Mampukah maaf menggantikan segala-galanya?
Luka dan pedih yang mereka tinggalkan di jiwa?
Sakit dan azab yang mereka tanamkan di minda?
Yang menanggungnya aku sendirian sahaja!
Aku di dalam emosi,
Mengenangkan teman-teman yang kononnya sejati,
Tidak menganggap aku teman hakiki,
Mereka datang dan pergi.
Dan mereka tinggalkan aku kembali,
Di dalam emosi!
Special dedicated to : My old frens. Whatever happens, sekali kita kawan, selamanya tetap kawan. I am the old fren that u knew. insya Allah. (:
Regards,
~Arya Amila